Posted on

Penyebab Terbesar kerosakan pada mata anda bahagian satu

 

memang tidak dapat disangkal lagi bahawa mata adalah salah satu bahagian terpenting pada badan manusia, tanpa mata sudah pasti hidup tidak bermakna namun ramai yang tidak menyedari bahawa mereka sedang mengalami kerosakkan mata secara halus tanpa kita sedar. dopcip mahu bongkarkan pada semua pembaca bahawa terdapat faktor-faktor besar yang menjadi punca kepada penyakit mata dan faktor yang bakal dopcip sebutkan adalah apa yang sering kita lakukan setiap hari tetapi lansung tiada yang sedar akan keadaan ini ataupun manusia hanya cuba untuk tidak mengendahkannya.

dopcip telah menganalisa semua faktor yang menjadipenyumbang besar pada kerosakkan mata, lihat dan baca dengan teliti di bawah ini dan perlu lah diingatkan bahawa sila ambil iktibar…

 

1. Merokok

Rokok adalah salah satu penyumbang yang amat besar kerana telah kita ketahui bahawa bahan yang terdapat di dalam rokok adalah tidak patut bagi badan manusia kerana mengandungi bahan kimia atau toksik yang tinggi dan tidak dapat dihadam oleh tubuh badan sehingga menjadi racun secara senyap. perlu lah anda tahu bahawa bahan daripada rokok akan menyebabkan organ dalaman badan menjadi rosak dan tidak dapat dipulihkan semula. salah satu organ adalah retina iaitu organ dalaman mata yang boleh menyebabkan buta jika tidak berfungsi. sel-sel retina akan mati serta merta secara perlahan-lahan dan boleh menyebabkan kanser yang amat merbahaya.

2. Sinaran Matahari

Sinaran ultra violet dari cahaya matahari amat merbahaya kepada mata dan anda perlu elakkan daripada memandang ke atas terus ke matahari. amatlah berisiko tinggi bagi mereka yang kerjanya menganalisa matahari dengan terus teropong untuk melihat matahari. anda dinasihatkan supaya menggunakan payung bagi mengelakkan cahaya UV terus pancar ke mata anda ketika berada di luar rumah. salah satu penyakit yang bakal dihadapi oleh mereka yang sering mendedahkan mata pada cahaya matahari adalah penyakit katarak pada mata.

3. Tekanan Darah Tinggi

memang benar bahawa pesakit tekanan darah tinggi sering menghadapi masalah penglihatan mata yang tiba-tiba menjadi gelap seketika akibat tekanan yang melampau. penyaki darah tinggi mampu merosakkan pembuluh darah pada retina mata yang menjadi salah satu sel yang penting bagi mata. retina berada pada bahagian belakang mata dan salah satu fungsinya adalah memberikan fokus pada sesebuah gambar yang dilihat dan jika ianya rosak ataupun tidak stabil akibat tekanan, sudah pasti mata menjadi kabur. amatlah bahaya jika retina menjadi tidak stabil ketika anda sedang memandu kereta mahupun menunggang motosikal yang boleh menyababkan kemalangan dan kematian. Retinopati Hipertensi adalah nama kepada penyakit mata yang disebabkan oleh kesan daripada tekanan darah tinggi yang melampau.

 

tamat bahagian satu….

 

 

anda suka membeli belah? jom ke kedai kami disini —->>> (Klik Disini)