Posted on

penyebab bau mulut atau halitosis

penyebab bau mulut atau halitosis

ramai dalam kalangan kita sebenarnya mengalami masalah nafas berbau atau lebih di kenali sebagai halitosis.

ada yang dalam kalangan kita memang menyedarinya..ada juga yang tidak.

bayangkan di kalangan rakan sepejabat kita, rakan sekelas,mungkin mereka tidak menyedari yang mereka mempunyai masalah nafas yang berbau atau halitosis ini.

oleh sebab itu, ada yang akan menjauhkan diri dan ada juga segelintir yang mengejek.

kita ingin membantu, tetapi kita tidak akan terus menegur bukan..?, pasti kita akan cari cari jalan untuk menegur dengan cara yang baik dan boleh di terima oleh mereka yang mempunyai masalah ini.

di sini saya akan kongsikan beberapa penyebab bau nafas yang berbau atau halitosis.

1. Bakteria

Punca utama mulut berbau adalah dari bakteria yang membiak di dalam mulut.

bakteria ini jenis yang anaerob, yang boleh hidup tanpa menggunakan oksigen. mereka ini hidup dan membiak daripada sisa-sisa makanan yang kita makan yang terdapat di celah-celah gigi.

sebab itu kita di nasihatkan membersihkan gigi kita terlebih dahulu sebelum tidur. sedikit sebanyak dapat membantu untuk mencegah dari bakteria ini membiak.

2. Kekurangan Air Liur

Sekiranya mulut kita kering atau ‘xerostomia’ kerana kekurangan air liur.

ini adalah salah satu jugak penyebab nafas kita berbau. apabila kekurangan rembesan air liur,,menyebabkan air liur kita menjadi likat dan mulut kita juga akan kering.

selalunya ini terjadi pada orang yang berpusa, orang yang mengambil sesetengah ubatan, dan  orang yang dehidrasi.

 

nasihat dari saya, sekali sekala apa kata pergi klinik gigi untuk periksa kesihatan gigi kita.

manfaatnya akan dapat pada diri kita sendiri.

cara yang paling mudah, sebelum tidur, jangan malas untuk memberus gigi dahulu.

sekian itu saja perkongsian kali ini, di harap ianya dapat membantu bagi anda yang mengalami masalah seperti di atas.

perkongsian seterusnya saya akan berkongsi bagaimana cara- cara untuk mengatasi masalah nafas berbau dengan mudah dan tak mahal.

 

semoga bermanfaat ye..dan salam sayang dari admin..:).,