Posted on

Cara dan tips menghilangkan jerawat secara semula jadi.

cara dan tips menghilangkan jerawat secara semula jadi.

cara dan tips menghilangkan jerawat secara semula jadi.

 

assalamualaikum semua para pembaca ynag dopcip sayangi..tengah buat apa tu.???:)

hari ini dopcip nak berkongsi tips bagaimana nak menghilangkan jerawat secara semula jadi.

siapa yang suka pada jerawat.??, semua orang pasti tak suka tak kira golongan lelaki mahupun golongan perempuan, kalau boleh nak elakkan
dari segala jenis jerawat ni.
sebab bila kita ada jerawat walaupun kecil, pasti kita jadi akan kurang yakin dan rasa tak percayakan diri kita sendiri.

banyak faktor sebenarnya penyebab jerawat ni.
antaranya ialah faktor hormon, faktor persekitaran, muka yang berminyak, liang pori yang terbuka, faktor pemakanan, ataupun gaya kita
sendiri yang tidak sihat.

kalau ikut nenek moyang kita dulu kan..tak de pun dulu produk-produk kosmetik yang melambak macam sekarang.
tak salah kita guna barang kosmetik yang ada, tapi kena tengok pada jenis kulit muka kita dulu la,,tak boleh sembarangan consume.
tapi sekarang ni dopcip nak share dengan menggunakan bahan semula jadi.
bahan-bahan yang dopcip senaraikan ni adalah antara bahan yang kebiasaanya ada dekat dapur kita dan mudah sangat kita cari. lagipun
bahan-bahan ni yang kebanyakan orang ramai guna terutamanya orang yang mempunyai kulit yang sangat-sangat sensitif.

berikut adalah bahan-bahanya.

1. avokado dan madu.

dua bahan ini adalah satu kombinasi yang baik sangat-sangat untuk kesihatan kulit muka kita. avokado kaya dengan sumber
vitamin E,yang memang baik untuk kulit kita, manakala madu memang tidak asing lagi iaitu bahan yang berfungsi sebagai antibacteria.
kita buat dua bahan ni sebagai masker dan biarkan selama 15 minit hingga 20 minit kemudian bilas dengan air suam.

2. baking soda.

baking soda ini manfaatnya sebagai agen untuk membersihkan pori-pori kita yang tersumbat.
caranya dengan menjadikan serbuk baking soda ini sebagai paste dan aplikasikan dekat tempat yang terdapat atau di tumbuhi jerawat.
(dopcip nak pesan ye…..sesiapa yang ada kilt sensitif, kalau semasa penggunaan mask nie ada rasa terbakar atau merah,
terus berhenti serta merta ye,,)

3 lemon,

ini antara salah satu bahan yang famous sangat.fungsinya tak asing lagi untuk membunuh kuman jerawat yang tumbuh dekat muka kita.
ia juga sebagai agen pemutihan.
caranya ialah, hiriskan atau belah lemon menjadi dua bahagian dan ambil airnya sahaja. sapukan pada wajah kita dan biar selama 15 minit
kemudian bilas dengan air suam.

4 putih telur.

fungsi putih telur ialah untuk mengecilkan pori-pori pada muka kita. bila pori-pori mengecil, penghasilan sebum pada
muka kita akan berkurangan. sebb jerawat akan tumbuh pada muka yang mempuyai minyak berlebihan.caranya simple sahaja,
ambil putih telur dan kacau smpai buih, kemudia sapukan pada wajah. biarkan selama 15 minit kemudian bilas dengan air biasa.
sebenarnya ada banyak lagi cara dan bahan yang kita oleh gunakan. tetapi apa yang saya senaraikan di atas adalah antara bahan yang seringkali kita gunakan.
mudah bukan..?
faktor utama untuk menghilangkan jerawat ialah dengan menkonsumsi air putih yang banyak. contohnya 2-3 liter sehari.
air adalah fungsi utama untuk detoks,. bila dah badan kita selalu buat detoks, jerawat pun malu-malu nak singgah.:)
sampai disini saja perkongsian dari saya.. perjumpaan lain kali dopcip akan kongsikan lebih banyak petua nenek moyang dulu-dulu dalam
penjagaan luaran dan dalaman wanita ye….:),,