Posted on

Apa itu Cataract.?

apa itu cataract dopcip

Apa itu Cataract?

Assalamualaikum semua dan selamat pagi..
pagi ini dopcip hendak berkongsi satu tajuk yang mana kerap berlaku di antara kita tetapi kita tidak menyadarinya.
sedar atau tidak cataract ni banyak berlaku pada ibu bapa kita kan.?

mari kita baca lebih mendalam mengenai cataract ni.

1. APA ITU CATARACT.?
Cataract adalah salah satu diantara penyakit mata dimana pesakit itu akan mengalami simptom blackout atau Buta.
mudah untuk kita kenali dimana kita atau seseorang pesakit itu mengalami gangguan penglihatan , kekaburan atau kesukaran dalam melihat
secara tiba-tiba.
bagaimana simptom ini boleh berlaku.? ini kerana dimana kanta mata yang jernih menjadi keruh. Penglihatan menjadi kabur kerana
cahaya tidak dapat menembusi kanta yang telah gelap/ keruh.

2. PUNCA TERJADINYA PENYAKIT CATARACT
– pesakit yang mempunyai penyakit kencing manis yang tidak mengawal paras gula
– pesakit yang mengambil rawatan steroid secara berpanjangan.
– seseorang yang mempunyai sejarah kecederaan pada mata
– masalah radang mata berpanjangan
– kecacatan sewaktu dilahiran
– faktor umur @ penuaan ( > 60 tahun)

3. TANDA- TANDA PENYAKIT CATARACT INI IALAH
– penglihatan yang semakin kabur.
– mempunyai selaput putih pada anak mata.
– silau atau sensitif pada cahaya terang.
– sukar membaca kerana penglihatan tidak jelas.

 

(penglihatan normal dengan penglihatan yang mempunyai cataract)
4. RAWATAN PESAKIT CATARACT IALAH
Bagi sesiapa yang mempunyai masalah cataract ni dopcip syorkan untuk berjumpa dengan pakar mata
secepat mungkin untuk mendapatkan konsultasi yang betul. ini kerana kalau kita biarkan lama-lama
akan menjejaskan kualiti kehidupan kita dan penglihatan kita semakin kabur.
Kebiasaanya doktor akan memberi cadangan untuk melakukan pembedahan secepat yang mungkin.
Terdapat dua cara pembedahan kecil / minor yang boleh dilakukan,

1 ) Phacoemulsification.

Satu bukaan kecil dibuat pada kornea pesakit.
Satu alat akan dimasukkan ke dalam mata yang berfungsi menghasilkan gelombang ultra sound.
Gelombang ini akan memecahkan cataract yang terdapat pada kanta dan disedut sepenuhnya.
Kanta tiruan akan dimasukkan ke dalam mata
Mata tidak perlu dijahit. Prosedure ini akan dirawat sebagai psakit luar dan hanya menggunakan bius setempat sahaja.
pesakit boleh discharge pada hari yang sama.

2 ) Ekstraksi cataract (ECCE)

Satu bukaan yang besar dihasilkan di sisi kornea.
Kanta yang keras dikeluarkan secara manual
Kanta tiruan dimasukkan dan satu jahitan kecil akan di buat pada luka sisi.
prosedure ini jarang di lakukan kerana kebiasaanya pesakit akan memilih menjalani pembedahan kecil seperti
yang di atas.

sekian sahaja perkongsian dopcip kali ini, di harap serba sedikit dapat membantu dan memberi manfaat pada kita semua.:).