Posted on

penyebab bau mulut atau halitosis

penyebab bau mulut atau halitosis

ramai dalam kalangan kita sebenarnya mengalami masalah nafas berbau atau lebih di kenali sebagai halitosis.

ada yang dalam kalangan kita memang menyedarinya..ada juga yang tidak.

bayangkan di kalangan rakan sepejabat kita, rakan sekelas,mungkin mereka tidak menyedari yang mereka mempunyai masalah nafas yang berbau atau halitosis ini.

oleh sebab itu, ada yang akan menjauhkan diri dan ada juga segelintir yang mengejek.

kita ingin membantu, tetapi kita tidak akan terus menegur bukan..?, pasti kita akan cari cari jalan untuk menegur dengan cara yang baik dan boleh di terima oleh mereka yang mempunyai masalah ini.

di sini saya akan kongsikan beberapa penyebab bau nafas yang berbau atau halitosis.

1. Bakteria

Punca utama mulut berbau adalah dari bakteria yang membiak di dalam mulut.

bakteria ini jenis yang anaerob, yang boleh hidup tanpa menggunakan oksigen. mereka ini hidup dan membiak daripada sisa-sisa makanan yang kita makan yang terdapat di celah-celah gigi.

sebab itu kita di nasihatkan membersihkan gigi kita terlebih dahulu sebelum tidur. sedikit sebanyak dapat membantu untuk mencegah dari bakteria ini membiak.

2. Kekurangan Air Liur

Sekiranya mulut kita kering atau ‘xerostomia’ kerana kekurangan air liur.

ini adalah salah satu jugak penyebab nafas kita berbau. apabila kekurangan rembesan air liur,,menyebabkan air liur kita menjadi likat dan mulut kita juga akan kering.

selalunya ini terjadi pada orang yang berpusa, orang yang mengambil sesetengah ubatan, dan  orang yang dehidrasi.

 

nasihat dari saya, sekali sekala apa kata pergi klinik gigi untuk periksa kesihatan gigi kita.

manfaatnya akan dapat pada diri kita sendiri.

cara yang paling mudah, sebelum tidur, jangan malas untuk memberus gigi dahulu.

sekian itu saja perkongsian kali ini, di harap ianya dapat membantu bagi anda yang mengalami masalah seperti di atas.

perkongsian seterusnya saya akan berkongsi bagaimana cara- cara untuk mengatasi masalah nafas berbau dengan mudah dan tak mahal.

 

semoga bermanfaat ye..dan salam sayang dari admin..:).,

Posted on

Petua kempiskan mengempiskan perut dengan cepat secara semula jadi.

Petua kempiskan mengempiskan perut dengan cepat secara semula jadi.

 

salam sejahtera dan assalamualaikum semua…
Ramai di antara wanita-wanita di luar sana yang inginkan bentuk badan yang menawan atau di katakan sebagai ideal kan.?
sebenarnya bukan susah sangat pun cik akak semua….

 

kali ini..dopcip hendak kongsikan petua untuk mengempiskan perut buncit kita dengan cepat, mudah dan berkesan.

 

yang pertama :
Air asam jawa dan air panas. cara dia mudah saja , dengan mencampurkan asam jawa dan rendamkan dalam segelas air.
anda biarkan semalaman dan esok paginya minum air rendaman tadi. seeloknya kita amalkan tiap-tiap hari setiap pagi.

 

 

yang kedua :
limau purut dan kapur sireh. cara pembuatan dia dengan perah air limau ke dalam bekas dan campurkan dengan kapur sireh
sehingga sebati. lumurkan pada perut yang penuh lemak tu ye… seeloknya semasa buat proses lumur tu balutkan dengan plastik yang untuk balut
buah tembikai tu. dan buat pada waktu malam sebelum tidur. kesan dia lagi cepat.

 

 

yang ketiga :
limau nipis dengan madu. caranya dengan mencampurkan perahan air limau nipis ke dalam air suam dan campurkan dengan sedikit madu.
bagi anda yang baru hendak memulakan cara ini, boleh cuba dengan sebiji limau nipis dan air dalam 250 mls air. campurkan dengan madu dua sudu.
penting ye….guna sudu plastik ye…madu pantang larang dia jangan guna sudu besi, nanti khasiat dia hilang.

 

 

ok…tiga cara ini pun sudah cukup kan…mudah sangat-sangat bahan-bahan di atas kita dapat di dalam dapur.
rajin-rajinkan diri kita untuk buat senaman ringan, jangan makan pada waktu malam dan amalkan pemakanan yang sihat.
kita kurus tetapi sihat..bukan kurus tetapi badan kita letih dan lesu.

 

 

Posted on

Apa itu Cataract.?

apa itu cataract dopcip

Apa itu Cataract?

Assalamualaikum semua dan selamat pagi..
pagi ini dopcip hendak berkongsi satu tajuk yang mana kerap berlaku di antara kita tetapi kita tidak menyadarinya.
sedar atau tidak cataract ni banyak berlaku pada ibu bapa kita kan.?

mari kita baca lebih mendalam mengenai cataract ni.

1. APA ITU CATARACT.?
Cataract adalah salah satu diantara penyakit mata dimana pesakit itu akan mengalami simptom blackout atau Buta.
mudah untuk kita kenali dimana kita atau seseorang pesakit itu mengalami gangguan penglihatan , kekaburan atau kesukaran dalam melihat
secara tiba-tiba.
bagaimana simptom ini boleh berlaku.? ini kerana dimana kanta mata yang jernih menjadi keruh. Penglihatan menjadi kabur kerana
cahaya tidak dapat menembusi kanta yang telah gelap/ keruh.

2. PUNCA TERJADINYA PENYAKIT CATARACT
– pesakit yang mempunyai penyakit kencing manis yang tidak mengawal paras gula
– pesakit yang mengambil rawatan steroid secara berpanjangan.
– seseorang yang mempunyai sejarah kecederaan pada mata
– masalah radang mata berpanjangan
– kecacatan sewaktu dilahiran
– faktor umur @ penuaan ( > 60 tahun)

3. TANDA- TANDA PENYAKIT CATARACT INI IALAH
– penglihatan yang semakin kabur.
– mempunyai selaput putih pada anak mata.
– silau atau sensitif pada cahaya terang.
– sukar membaca kerana penglihatan tidak jelas.

 

(penglihatan normal dengan penglihatan yang mempunyai cataract)
4. RAWATAN PESAKIT CATARACT IALAH
Bagi sesiapa yang mempunyai masalah cataract ni dopcip syorkan untuk berjumpa dengan pakar mata
secepat mungkin untuk mendapatkan konsultasi yang betul. ini kerana kalau kita biarkan lama-lama
akan menjejaskan kualiti kehidupan kita dan penglihatan kita semakin kabur.
Kebiasaanya doktor akan memberi cadangan untuk melakukan pembedahan secepat yang mungkin.
Terdapat dua cara pembedahan kecil / minor yang boleh dilakukan,

1 ) Phacoemulsification.

Satu bukaan kecil dibuat pada kornea pesakit.
Satu alat akan dimasukkan ke dalam mata yang berfungsi menghasilkan gelombang ultra sound.
Gelombang ini akan memecahkan cataract yang terdapat pada kanta dan disedut sepenuhnya.
Kanta tiruan akan dimasukkan ke dalam mata
Mata tidak perlu dijahit. Prosedure ini akan dirawat sebagai psakit luar dan hanya menggunakan bius setempat sahaja.
pesakit boleh discharge pada hari yang sama.

2 ) Ekstraksi cataract (ECCE)

Satu bukaan yang besar dihasilkan di sisi kornea.
Kanta yang keras dikeluarkan secara manual
Kanta tiruan dimasukkan dan satu jahitan kecil akan di buat pada luka sisi.
prosedure ini jarang di lakukan kerana kebiasaanya pesakit akan memilih menjalani pembedahan kecil seperti
yang di atas.

sekian sahaja perkongsian dopcip kali ini, di harap serba sedikit dapat membantu dan memberi manfaat pada kita semua.:).

 

Posted on

Cara dan tips menghilangkan jerawat secara semula jadi.

cara dan tips menghilangkan jerawat secara semula jadi.

cara dan tips menghilangkan jerawat secara semula jadi.

 

assalamualaikum semua para pembaca ynag dopcip sayangi..tengah buat apa tu.???:)

hari ini dopcip nak berkongsi tips bagaimana nak menghilangkan jerawat secara semula jadi.

siapa yang suka pada jerawat.??, semua orang pasti tak suka tak kira golongan lelaki mahupun golongan perempuan, kalau boleh nak elakkan
dari segala jenis jerawat ni.
sebab bila kita ada jerawat walaupun kecil, pasti kita jadi akan kurang yakin dan rasa tak percayakan diri kita sendiri.

banyak faktor sebenarnya penyebab jerawat ni.
antaranya ialah faktor hormon, faktor persekitaran, muka yang berminyak, liang pori yang terbuka, faktor pemakanan, ataupun gaya kita
sendiri yang tidak sihat.

kalau ikut nenek moyang kita dulu kan..tak de pun dulu produk-produk kosmetik yang melambak macam sekarang.
tak salah kita guna barang kosmetik yang ada, tapi kena tengok pada jenis kulit muka kita dulu la,,tak boleh sembarangan consume.
tapi sekarang ni dopcip nak share dengan menggunakan bahan semula jadi.
bahan-bahan yang dopcip senaraikan ni adalah antara bahan yang kebiasaanya ada dekat dapur kita dan mudah sangat kita cari. lagipun
bahan-bahan ni yang kebanyakan orang ramai guna terutamanya orang yang mempunyai kulit yang sangat-sangat sensitif.

berikut adalah bahan-bahanya.

1. avokado dan madu.

dua bahan ini adalah satu kombinasi yang baik sangat-sangat untuk kesihatan kulit muka kita. avokado kaya dengan sumber
vitamin E,yang memang baik untuk kulit kita, manakala madu memang tidak asing lagi iaitu bahan yang berfungsi sebagai antibacteria.
kita buat dua bahan ni sebagai masker dan biarkan selama 15 minit hingga 20 minit kemudian bilas dengan air suam.

2. baking soda.

baking soda ini manfaatnya sebagai agen untuk membersihkan pori-pori kita yang tersumbat.
caranya dengan menjadikan serbuk baking soda ini sebagai paste dan aplikasikan dekat tempat yang terdapat atau di tumbuhi jerawat.
(dopcip nak pesan ye…..sesiapa yang ada kilt sensitif, kalau semasa penggunaan mask nie ada rasa terbakar atau merah,
terus berhenti serta merta ye,,)

3 lemon,

ini antara salah satu bahan yang famous sangat.fungsinya tak asing lagi untuk membunuh kuman jerawat yang tumbuh dekat muka kita.
ia juga sebagai agen pemutihan.
caranya ialah, hiriskan atau belah lemon menjadi dua bahagian dan ambil airnya sahaja. sapukan pada wajah kita dan biar selama 15 minit
kemudian bilas dengan air suam.

4 putih telur.

fungsi putih telur ialah untuk mengecilkan pori-pori pada muka kita. bila pori-pori mengecil, penghasilan sebum pada
muka kita akan berkurangan. sebb jerawat akan tumbuh pada muka yang mempuyai minyak berlebihan.caranya simple sahaja,
ambil putih telur dan kacau smpai buih, kemudia sapukan pada wajah. biarkan selama 15 minit kemudian bilas dengan air biasa.
sebenarnya ada banyak lagi cara dan bahan yang kita oleh gunakan. tetapi apa yang saya senaraikan di atas adalah antara bahan yang seringkali kita gunakan.
mudah bukan..?
faktor utama untuk menghilangkan jerawat ialah dengan menkonsumsi air putih yang banyak. contohnya 2-3 liter sehari.
air adalah fungsi utama untuk detoks,. bila dah badan kita selalu buat detoks, jerawat pun malu-malu nak singgah.:)
sampai disini saja perkongsian dari saya.. perjumpaan lain kali dopcip akan kongsikan lebih banyak petua nenek moyang dulu-dulu dalam
penjagaan luaran dan dalaman wanita ye….:),,

Posted on

Penyebab Terbesar kerosakan pada mata anda bahagian satu

 

memang tidak dapat disangkal lagi bahawa mata adalah salah satu bahagian terpenting pada badan manusia, tanpa mata sudah pasti hidup tidak bermakna namun ramai yang tidak menyedari bahawa mereka sedang mengalami kerosakkan mata secara halus tanpa kita sedar. dopcip mahu bongkarkan pada semua pembaca bahawa terdapat faktor-faktor besar yang menjadi punca kepada penyakit mata dan faktor yang bakal dopcip sebutkan adalah apa yang sering kita lakukan setiap hari tetapi lansung tiada yang sedar akan keadaan ini ataupun manusia hanya cuba untuk tidak mengendahkannya.

dopcip telah menganalisa semua faktor yang menjadipenyumbang besar pada kerosakkan mata, lihat dan baca dengan teliti di bawah ini dan perlu lah diingatkan bahawa sila ambil iktibar…

 

1. Merokok

Rokok adalah salah satu penyumbang yang amat besar kerana telah kita ketahui bahawa bahan yang terdapat di dalam rokok adalah tidak patut bagi badan manusia kerana mengandungi bahan kimia atau toksik yang tinggi dan tidak dapat dihadam oleh tubuh badan sehingga menjadi racun secara senyap. perlu lah anda tahu bahawa bahan daripada rokok akan menyebabkan organ dalaman badan menjadi rosak dan tidak dapat dipulihkan semula. salah satu organ adalah retina iaitu organ dalaman mata yang boleh menyebabkan buta jika tidak berfungsi. sel-sel retina akan mati serta merta secara perlahan-lahan dan boleh menyebabkan kanser yang amat merbahaya.

2. Sinaran Matahari

Sinaran ultra violet dari cahaya matahari amat merbahaya kepada mata dan anda perlu elakkan daripada memandang ke atas terus ke matahari. amatlah berisiko tinggi bagi mereka yang kerjanya menganalisa matahari dengan terus teropong untuk melihat matahari. anda dinasihatkan supaya menggunakan payung bagi mengelakkan cahaya UV terus pancar ke mata anda ketika berada di luar rumah. salah satu penyakit yang bakal dihadapi oleh mereka yang sering mendedahkan mata pada cahaya matahari adalah penyakit katarak pada mata.

3. Tekanan Darah Tinggi

memang benar bahawa pesakit tekanan darah tinggi sering menghadapi masalah penglihatan mata yang tiba-tiba menjadi gelap seketika akibat tekanan yang melampau. penyaki darah tinggi mampu merosakkan pembuluh darah pada retina mata yang menjadi salah satu sel yang penting bagi mata. retina berada pada bahagian belakang mata dan salah satu fungsinya adalah memberikan fokus pada sesebuah gambar yang dilihat dan jika ianya rosak ataupun tidak stabil akibat tekanan, sudah pasti mata menjadi kabur. amatlah bahaya jika retina menjadi tidak stabil ketika anda sedang memandu kereta mahupun menunggang motosikal yang boleh menyababkan kemalangan dan kematian. Retinopati Hipertensi adalah nama kepada penyakit mata yang disebabkan oleh kesan daripada tekanan darah tinggi yang melampau.

 

tamat bahagian satu….

 

 

anda suka membeli belah? jom ke kedai kami disini —->>> (Klik Disini)

 

Posted on

tips tinggikan badan dengan cepat dalam 12 hari

assalamualaikum kepada semua pembaca, hari ini dopcip berbesar hati untuk kongsikan beberapa tips atau cara meninggikan badan yang pendik menjadi tinggi dengan cara yang betul.

lihat langkah dibawah ini :

 

 

  • Streching

Ini merupakan salah satu cara menambah tinggi badan. selepas bangun pagi daripada tidur lena anda terus lakukan streching badan selama 30 minit 30 saat dengan berdisiplin. lakukan pergerakkan kaki secara bersepak kiri dan kanan sebanyak 75 kali tanpa henti termasuk secara kuat dan bersungguh-sungguh. Untuk mendapatkan kesan yang cepat dan maksima adalah setelah selesai senaman kaki tersebut anda perlulah minum segelas susu yang berwarna putih segar yang  mengandung kalsium tinggi khasiat dan kalsium (pilih susu yang tidak bercampur). jangan lupa satu perkara iaitu Sebelum tidur Anda dinasihatkan lakukan senaman kecil pada kaki di atas tilam selama 5 minit. posisi tidur juga memainkan peranan dalam melakukan proses meninggikan badan dan Kemudian tidur dengan pola yang benar dan anda boleh rujuk dimana laman sesawang lain yang memberikan contoh tidur yang sehat mengikut posisi tidur yang betul.